Monday 14 August 2017

End Of Chapter 2 out of 6

Assalamualaikum and hye evryone 🙈

taken with iPhone 7 plus

So today tepat 14th August 2017 and guess what my 2nd semester result tengah malam ni okay seriously nervous. Bila teringat balik kita dah buat yang terbaik waktu exam tetapi bila fikir balik untuk kali kedua mula lah kita rasa macam kurang yakin pada final paper lah, ada derhaka kat lecturer lah,  assigment tak submit ikut date lah. Jadi semua tu hasutan syaitan! Just believe in yourself that you already did the best and InshaAllah, Allah akan tolong. Peace.

*pasang lagu JAMPI by Hael Husaini*

This semester punya cabaran lebih padu beb dari semester yang lepas. Okay mestilah makin tinggi sem makin susah kan like come on Farah. Alhamdulilah this semester banyak kerja kumpulan which is I kinda like sebab Farah ni jenis suka mengarah itu and ini. Serious kalau satu kumpulan dengan Farah memang tahu lah. And serious cakap semester kali ini banyak guna duit dengan trip yang berlambak, dengan paper plan yang print out asyik salah pastu kena print out balik dahlah sehelai RM5 waduh memang cut betul bajet makan Farah.

Tetapi on my 2nd semester ini disebabkan UiTM mengalami satu crisi which is dari segi pengakutan dan budget yang telah dipotong oleh pihak kerajaan kami tak boleh buat banyak banyak trip. Sebab yeah..nak menunggu bas satu hal pastu duit pula satu hal.

What you going to learn on this 2nd semester?

On this semester you will learn more deep about Park and Amenity Management. You will learn more on site punya coonstruction, behavior manusia (sambungan to Recreation and Leisure 1st semester) and more. And 2nd semester ni ada 6 papers final compared to 1st semester hanya ada 4 final papers. So this semester kena banyak bekorbanlah dari segi, masa, wang, tenaga padahal cukup aja tidur 

1. CTU (Sejarah Malaysia)
2. Ko-kurikulum
3. Englis for Professional Interaction
4. Park Visitor Destination Management
5. Resources and Environment
6. Construction Material
7. Park Planning and Design
8. Park Visitor Recreation Behavior.
9. 3rd Langguage

Ini site visit kat KL tajuk Park Visitor Destination Management 

Ini final result for Park Planning Design. Fuhh macam dah Architecture. haha

Ini waktu berbuka sama sama lecturer (kanan ber-blazzer)

Serious kalau awak belajar kerana ilmu dan Allah, semuanya akan jadi indah jika hanya memikirkan kerja, susahnya course ni and etc maka tiada lah nikmat belajar tu. Terima kasih sudi membaca! 👍


Monday 1 May 2017

Comparison Institutions.

Bismillah and Assalamualaikum 💝

First of all, I would like to congratulate to all SPM leavers successfully. Dengar cerita result Matrikulasi dah keluar kan? Tahniah siapa yang berjaya ke program Matrikulasi bagi sesi 2017/2018.

Dalam post kali ini Far akan berkongsi sedikit bedasarkan pengetahuan Far and pemerhatian Far untuk bandingkan institut pilihan hati adik semua. Kalau ada salah dan silap tu tegurlah ya, Far sedia menerima. Walaupun post kali ini sering kali dikupaskan oleh blogger yang lain tapi Far nak juga. Dan berharap dengan post kali ini akan memberi sedikit input kepada awak semua.

Kolej Matrikulasi 

Far sebagai Kolej Matrikulasi Gambang, Pahang. Jadi Far akan kupaskan dahulu Kolej Matrikulasi ini. Seperti mana kita tahu yang Kolej Matrikulasi ini boleh dikatakan berada di seluruh negeri kecuali Terengganu. Kolej Matrikulasi tawarkan dua program iaitu jurusan Sains dan Akaun.

Tempoh pengajian : Akaun - Program Satu Tahun 
                               Sains   -Porgram Satu Tahun 
                                            Program Dua Tahun 

Jurusan Sains ni ada specialnya iaitu jurusan Sains ada 3 modul, dan setiap modul tu lain lain subjek yang diambil yang telah ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi itu sendiri bedasarkan kepututsan peperiksaan SPM awak semua tetapi kalau awak tak berpuas hati dengan modul tu, pertimbangan boleh dilakukan oleh pihak Matriklasi sendiri. 

Modul 1 : Biologi, Fizik, Kimia, Math, Islam, Kokurikulum, Dinamika
Modul 2 : Sains Komputer , Fizik, Kimia, Math, Islam, Kokurikulum, Dinamika
Modul 3: Biologi, Kimia, Math, Islam, Kokuurikulum, Dinamika

"Saya ambil jurusan Sains, tetapi kenapa saya dapat tawaran Matrikulasi jurusan Akaun?"
"Kenapa saya dapat program dua tahun?"

Soalan ni banyak diajukan daripada pelajar-pelajar semua. Ada sebab pihak Matrikulasi letak awak tahun berapa dan jurusan apa. Contohnya ; awak ambil jurusan Sains dalam SPM tetapi kalau Kimia awak tak kredit ( bawah daripada C) awak dimasukkan jurusan Akaun sebab Kimia adalah ibu kepada Sains. 

Dan kenapa awak dimasukkan program yang dua tahun? Kerana keputusan SPM awak Addmath tidak kredit jadi awak dimasukkan program yang 2 tahun. Sebab Math matrikulasi is beyond your expectation 

Paling seronok dalam Matrikulasi ini ialah, awak semua akan dapat elaun belajar sebanyak RM250 setiap bulan. Okaylah daripada tak ada kan? Tujuan untuk elaun ni adalah untuk mengurangkan beban beban kepada kedua ibu bapa kita. Dan yang paling penting juga yuran Matrikulasi ni amatlah murah, RM500 untuk asrama selama setahun. Jadi ia mengelakkan hutang PTPTN awak nanti. 

Asasi 

Asasi IPTA adalah idaman setiap pelajar. Kan? Samalah macam Far tapi itulah kerana main main dalam SPM. Huhuhu. Asasi ini selalunya di bawah IPTA & IPTS. 

Asasi ini lebih kurang macam Matrikulasi tetapi dia lebih khusus lagi. Seperti 
Asasi Kejuruteraan
Asasi Sains
Jika awak dibawah Asasi UiTM , UM semasa keluar keputusan CGPA, awak bleh menyambung pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda di IPTA lain. Tetapi kalau dibawah IPTA lain seperti UPM, USM, UIA dll anda WAJIB mengambil Ijazah Sarjana muda di IPTA yang sama. Kalau anda gagal dalam asasi tersebut anda akan ulang balik Diploma di IPTA yang sama. 

Elaun juga akan diberi di bwah IPTA masing masiing tak silap Far RM250 juga. Di asasi ini katanya walaupun anda baru nak berjinak jinak dalam sesebuah universiti, anda akan act like student Universiti. Maksudnya pembelajaran antara pelajar dan penyarah adalah limited. Dan suasana ini lain sekali dengan Matrikulasi. Kalau di Matrikulasi lagi pensyarah tu tarik telinga kita untuk pergi ke bilik lecturer. Kalau di asasi katanya kena pandai pandailah engkau kalau awak tak faham subjek tu ada lah usahanya untuk jumpa dengan lecturer.

Tingkatan 6

Hah program inilah yang banyak memberi kelebihan kepada awak semua sebenarnya tetapi program inilah yang majority pelajar menjadi 'last choice' kalau tak dapat UPU selain daripada mohon untuk second intake. Sebenanrnya Tingkatan 6 ini lagi bagus daripada Asasi, Kolej Matrikulasi mahupun Diploma. Alasan kenapa tak nak masuk tingkatan 6 sebab apa? Sebab pakai baju sekolah, like seriouslah? Awak masuk asasi ataupun Kolej Matrikulasi tiap tiap hari pakai baju kurung tau. But that is so 2015 sekarang tingkatan 6 dah jauh berubah. Sekarang boleh pakai baju kurung dah. Terpulang kepada sekolah tingkatan 6 tersebut. Tetapi mostly dah pakai baju kurung.

Tingkatan 6 ni mengambil masa selama 1 1/2 tahun iaitu selama 3 sem. Sistem T6 ni dah guna sistem Universiti dan bukannya ikut sistem sekolah. Maksudnya kalau cuti, ikut semester bukannya ikut cuti sekolah. Elaun tidak akan diberikan sepanjang pengajian.

One of benefit kalau awak masuk tingkatan 6 ni ialah, sijil yang awak peroleh nanti boleh sambung belajra di peringkat Sarjana Muda di overseas. Yess kebanyakkan negara terutama United Kingdom terima sijil Tingkatan 6. Berbaloi kan dengan usaha awak kan?

Storyy time 😆

Ada seorang kawan Far ni sama sama batch dengan SPM dengan Far pada tahun 2014. Waktu ambil keputusan SPM tu. Kawan Farh tu jurusan Akaun , dia pandai dapat 5A atau 4A tak silap dalam SPM tapi sayang English dia tak kredit iaitu bawah daripada C lah. Jadi dia tak dapat mana mana pun UPU jadi dia buat keputusan untuk masuk Tingkatan 6. Baru baru ni punya result Mac 2017 nak tahu tak dia dapat berapa? 3.75 BEB!! Far serious terkejut dengan result dia. Terus ajak breakfast sama sama bagi meraikan result dia. LOL. Please sangat sangat Tingkatan 6 ni tak macam dulu dah. Tingkatan 6 punya peraturan dah berubah dari segi pendidikan itu semua. Jadi make T6 as your one of your target.

Diploma 

Diploma ada pro dan cons. Diploma ini menjadi majority orang ramai yang kelas 'beshe beshe' sahaj yang inginkan. Siapa yang jenis tak suka membaca / tak beberapa nak struggle dalam masa yang singkat hah masuklah dalam pengajian Diploma ini kerana ia mengambil masa selama 3 tahun iaitu selama 6 semester untuuk tamatkan pengajian ini.

Dari segi kebaikkannya Diploma ini ialah anda akan dapat banyak pengalaman pelajaran. Anda juga akan belajar yang lebih secara khusus kepada pengajian yang anda mohon.

Dari segi yuran, yuran kolej, yuran itu dan ini memang anda kena buat pinjaman PTPTN sesiapa yang Universiti Kerajaan bagi yang tak erapa nak mampulah macam Far ni. Kekadang pinjaman tu boleh cecah RM18K untuk 6 semester. Yes banyak memang banyak sebab tu awak kena maintain awak punya pointer untuk dapat discount untuk bayaran balik PTPTN. Cuba bayangkan...

Pinjaman PTPTN - Diploma RM18K 
                              Degree RM13K
                             ------------------
                              Total RM31K

Sampai anda kahwin beranak pinak pun tak habis lagi bayar lagi pinjaman PTPTN itu one of keburukkan kalau anda masuk Diploma tapi kalau awak jenis otak geliga. Dan boleh maintain CGPA awak. No hal!

Sebagai contoh awak ambil Diploma dalam Kejuruteraan Kimia dan Degree awak juga ambil Kejuruteraan Kimia. Jadi awak akan terus lompat ke semester 4 tak silap. Jadi awak akan belajar dalam 2 tahun sahaja.

Tetapi kalau keputusan CGPA awak tidak beberapa baik untuk melayakkan diri awak untuk sambung pengajian yang sama semasa awak Diploma awak akan masuk balik semester 1.

_______________________________________________________________________________

Rasanya setakat itulah sharing tips session saya. Kalau ada yang tersilap tu maafkanlah ya. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh comment di bawah dan juga boleh DM di lama sosial saya di sebelah tu. Terima kasih sudi membaca. ✌

Wednesday 22 February 2017

Minggu Mesra Taman-25 Part 2


Jadi kesimpulannya program MMT ni akan diadakan pada 23-25hb September 2016 di Kem Bukit Perjuangan, Jelebu, Negeri Sembilan dengan peralatan yang tak cukup, dengan torchlight tak ada dan apa yang paling 'WOW' pada malam sebelum program tersebut ada buat perjumpaan untuk cara cara memasang khemah dan agihan kepada kmpulan masing masing. Ya Allah tak cukup dengan berita tergempar tentang camp hujung minggu ni selepas tu ada pula kita kumpulan dengan orang yang kita tak kenal. Okay it's fine lagipun kami ada dua kelas aja iaitu A dan B. Dan abang and kakak exco nak bagi macam ala ala kejutan lah kononnya ada student part 6 akan join sama tapi suprise tak nak bagitahu group mana. Ewaahh akak ni.

On 23rd Sept seawal jam 7pagi Farah dah bangun and siap siap nak pergi ke bustop FSPU sebab berkumpul kat sana. Beria tau Farah pinjam beg dari kawan matrikulasi Farah and powerbank juga sebab katanya memang tak disediakan plug kau akan totally jadi orang hutan *okay lebih*. Jadi perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai di Kem Perjuangan apa lagi kita isi manfaatnya dengan tidur didalam bas.

Selepas bangun-tidur-bangun-tidur dah sampai di Kem Perjuangan, tempat dia memang betul betul tengah padang pasir. Panasnya tapi Farah buat buat cool semua orang tahu cuaca panas tapi hati panas siapa yang tahu kan? Eh? Kami jalan jalan aja semua diarahkan untuk duduk bawah satu kawasan tu nak bagi sedikit taklimat tentang camp ini. Tempat dia tak dinafikan memang lawa sungguh. 


Okay masing masing dah duduk ikut group masing , pemberian tag nama diberikan katanya kena simpan macam 'emas' lah kononnya. Such a kid but i like it. Ingat lagi tentang students part 6 ada join tu? Ada berapa orang entah lupa *faktor usia* tapi one of the students part 6 masuk group Farah and lelaki pula tu. Okay happylah bila lagi nak dapat abang senior kan? LOL. Selepas sedikit briefing dari EXCO PAMS kami pun kenalah mendirikan rumah tangga. EH? Khemas maksud Farah 😉 and to be honest ini first time Farah pasang khemah. HAHAH selalunya suruh ayah pasang khemah luar rumah. Tapi ini pasang sendiri and of course ada bantuan dari classmate sendiri.

From right : Adila, Aida, Su, Mida, me & Farihah 
Selepas mendirikan khemah itu kami dapat arahan untuk solat Zohor sekali dengan Asar yelah dah alang alang 2 marhalah jadi kita gunalah kan. Hehehe. Selepas solat itu kami diarah untuk kumpul dalam dewan sebab ada urgent thing katanya. Jadi kami pun berkumpul lah ikut kumpulan masing masing. and yang urgent thing tu is....
"Kita kena ubah sikit jadual sepatutnya kita masuk gua esok pagi kan tapi disebabkan ada satu group dari international hiking akan join juga masuk gua pada esok hari tapi disebelah petang jadi kamu nak buat petang ni ke atau pagi esok sebab saya tak kamu bertembung dengan group lagi satu takut tak selesa"
Sebab dengar khabarnya yang international hiking tu dari Taiwan. Jadi dengan sebulat suara kami pun katalah yang kami nak masuk Gua Pale pada petang ini tapi sebelum masuk gua, perut pun kosong jadi kita makan dahulu and guess what, makanan kena prepare sendiri. Hahahaha jadi kami masak instant aja which is spaghetti cabonara yang dalam tin.


Selepas dah lunch Farah pun tukar baju kepada warna lebih gelap katanya jangan pakai warna terang sangat nanti kena kejar dengan kelawar okay ini serious. Dan jangan lupa torchlight saya! Perjalan kammi nak kena masuk hutan tu ambil masa kira kira dalam 10 minit sebab gua ni tengah hutan jadi kenalah berjalan. Farah dah sayang gila dah seluar slack farah sebab dah kotor masuk hutan 😞 tapi apakan daya redah ajalan. Jadi masuk dalam hutan pun dalam lebih kurang 30 minit sampailah di pintu masuk Gua Pale, sebelum masuk ada guide kami memberikan sedikit info yang gua ini dulu tempat teduhan orang Jepun waktu zaman peperangan #InfoOfTheDay dan sebelum masuk , baca doa untuk keselamatan. 


Ini pengalaman baru juga bagi Farah, Farah ingatkan yang dalam gua ni panas yelah sebab dia tak banyak angin masukkan rupa rupanya Ya Allah sejuknya rasa macam nak tidoq dalam tu terus, batu dia sejuk siap ada airan air lagi dalam gua tu. Tapi satu aja yang kurang, gua ni sempit and batu dia sangat licin sebab berlumut sampaikan Farah tergolek dalam gua and dapat 'cederahati' oleh Gua Pale *thank you* perjalan kami dalam gua lebih kurang 2-3 jam sebab sempit satu dan ada satu caran yang agak ekstrem which is ada macam panjat tadi untuk kami naik yang bahagian lebih tinggi. Tak ada banyak gambar kat dalam Gua sebab takut gannggu kelawar dalam Gua. 


Setelah berliku liku dalam gua akhirnya berjala meloloskan diri dari gua. It such a good experience from PAMS hah inilah namanya love nature bukannya panjat bukit Broga 😀 sangat memenatkan mana taknya dengan kena merangkak kena tunduk dengan batu batu licin. Sangat mencabar and I love it soooo much!


To be continue...




Sunday 19 February 2017

My First Camp PART1

Assalamualaikum & Good evening (currently now 10.12pm)

On Wenesday if i'm not mistaken Farah pun bangun at 6am untuk siap siap pergi kelas, kelas kat Menara SAAS pula tu so Farah bersiap siap and sharp 7.15am Farah keluar bilik and pergi ke bustop untuk pergi ke kelas. Okay perjalanan taklah beberapa jauh mana tapi sebab banyak kali stop sebab tulah perjalanan ambil masa dalam 20 minit jugaklah. Okay i don't mind sebab Farah keluar awal kan so i can guaranteed yang Farah sampai kelas before 8am. YES! Reached class at 7.45am like that and Farah duduk dalam dewan kuliah tu seorang diri. Sejak Matrikulasi lagi mesti Farah sampai kelas awal.

That morning kelas Art & Design Appreciation. Ya Allah aku pergi ke bidang seni. Yes, first class tak pernah jumpa lagi lecturernya siapa yang Farah tahu nama beliau Madam Ely. My classmate dah seorang demi seorang masuk. Tak beberapa kenal lag since that was 2nd day my lecture. So biasalah kan? Mehh

Sedang Farah borak dengan salah seorang my classmate which is Fahirah from Kedah ((pronouce with Kedah accent)) Madam Ely masuk, berspek orangnya dan masuk penuh dengan semangat baru maklumlah mengajar budak budak part 1 yang masih 'nerd' Madam Ely memperkenalkan diri beliau setelah habis bergerak kepada ice breaking sorang-sorang tanya asal dari mana, nama penuh, lepasan mana ((sebab course farah Degree aja ada, Diploma tarak)) ada yang lepasan STPM, Matrikulasi such as me as well as Diploma ada yang Landscape, Pertanian, Geomass.

Beralih kepada seorang kakak ni nama dirahsiakan dan asalnya dari Rembau, Negeri Sembilan. Dan terus Madam Ely memotong ice breaking kakak tu dan kata.
"Saya lupa nak bagitahu kamu semua yang tahun ni batch kamu MMT (Minggu Mesra Taman) akan diadakan di Gua Pale, Rembau, Negeri Sembilan HUJUNG MINGGU NI
and i was like...

Actually i do love camping tapi bagitahulah awal awal at least bolehlah aku prepare sikit barang ini tak dengan peralatan yang tak cukup, dengan torchlight tak ada like whutttt

Kelas menjadi riuh seketika menceritakan apa itu MMT, sebab Madam Ely boleh dikatakan orang kuat Pengurusan Taman & Ameniti ni mana mana trip mesti Madam Ely akan turut bersama jadi beliau ceritakanlah tentang MMT yang lepas lepas.And overall Madam kata yag MMT ni best. Actually MMT ni macam program wajib lah untuk declare kita ni 'student taman' dengan menghadiri camp MMT ni.

To be continued..




Wednesday 25 January 2017

End of Chapter 1 out of 6

Assalamualaikum

It's 2017, yeah its been a long time I'm not updating my blog due busy of my studies and a lot of things. Lagipun ada orang ke sudi nak baca? 👀😋 So today actually I'm on semester break until March. Alhamdulilah sedar tak sedar already past 4 moths to end my 1st semester. Yes, now I'm in Bachelor Park & Amenity Management. As I mentioned in my previous entry I applied for this course in 2nd place. And Alhamdulilah masih ada quota and yeah I'm a student. So in this entry, i will talk a little bit about my course and subject that I learnt in 1st semester.



What's Park & Amenity Management?
Actually this course under Faculty Architecture Planning and Surveying and what special about this course it is only in UiTM Shah Alam, yes the main campus of all UiTM 💃 this course takes about 3 years study and the total is 6 semesters. When you graduate after 3 years study you can work in Government sector or Private sector as well as local authority. Pendek kata hang boleh kerja bahagian kawasan perumahan ke, golf field, design as well.

Oh! There's something the one of special about this course is all part 1 student in this course must attend MMT stands for Minggu Mesra Taman every semester will handle by exco. In my, MMT was handle in Gua Batu Pale, Rembau, Negeri Sembilan. It was the first experience I entered the cave and it's really awesome 😀



What you going to learn in the 1st semester?
To be honest, I think that course have taken literally many subjects.Tota subject only for 1st semester is 9. Unpredictable. How can I handle all these subjects still with status 'junior'? But, InshaAllah all helps from lecturers and seniors you can handle it step by step.

1. Fundamental Park & Amenity
2. Recreation & Leisure
3. Information Computer Technology
4. Plant Material
5. Art & Design Appreciation
6.First level third language ( mine took German)
7. TITAS
8. Ko-curriculum
9. Engish ( The Art of Public Speaking)



Compare to another curse they just took around 6-7 subjects but the credit hours is insane. The maximum was 5credit hours. Fiuhhh. So in this course the total credit hours is 23hours.

So that's all this for this entry if have any question you can comment down below and I will reply inshAllah.

Thank you for those staying with me until 2017 💝