Thursday 26 March 2015

Nawaitu itu Penting II

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah selepas mendapat keputusan SPM ini tak banyak keadaan yang berubah masih menjaga ayah yang sedang sakit. Membuat kerja rumah dan paling penting my tummy always satisfied. 

Kadang-kadang farah terfikir sambil memandang siling bilik yang 'untungnya kalau dapat mencari duit poket untuk kegunaan masa hadapan macam kawan kawan yang lain' Sampai ada salah seorang kawan farah kerja kat Petrosains kat KL padahal duduk Rawang. But tak apalah kan ada transport bolehlah cerita. And bilik difikirkan balik actually i'm so lucky dapat duduk rumah sambil jaga ayah at least farah dapat reward from Allah s.w.t iaitu pahala yang tak ternilai. Alhamdulilah ada juga positive vibes. *muka bersyukur*

Okay back to topic.

Actually cerita tentang nawaitu ni dah episod yang ke-2 jadi kalau ada pembaca yang terlepas membaca episod yang pertama bolehlah tekan label dream tu ya.

Selepas mendapat keputusan SPM ini my favourite part is ada banyak surat tawaran masuk taklah banyak sangat tapi yeah Alhamdulilah farah tak tahu mana pihak IPTS ni dapat alamat Farah. Ada dari Kolej , University UNIRAZAK , City-U and alot! But itu bukan farah nak cerita. Masa dapat aja keputusan SPM the next day farah terus buka laman web UNITEN untuk memohon situ. Bagi farah apa salahnya kita mencuba kan? Dan farah dengar UNITEN salah satu Universiti terbaik kat Malaysia. Dan yang paling penting UNITEN ni hanya menwarkan pengajian berkaitan dengan kejuruteraan aja dan itu memang impian farah.

Farah memohon program Mechanical Enggineering. Dengan harapan yang sangat tipis sebab keputusan SPM farah bukanlah memuaskan sangat pun. Dan dapat tahu juga yang UNITEN ni studentsnya tip top. 3 tahun dapat anugerah Universiti terbaik. Jadi farah taklah terlalu mengharap apatah lagi farah mohon untuk pengajian asasi. Jadi just wait and see

One day...
Selepas solat Asar , Farah checklah email sebab farah tahu email ini penting kalau ada apa apa info walaupun menyemak dengan email dari Zalora , Facebook dan sebagainya tapi farah mengagahkan diri untuk check email. Dan tiba tiba ada satu email dari UNITEN. I was like 'Bismillahirrahmannirahim' Baca dengan perlahan lahan

*ini versi laptoplah*

Terus melompat dan pergi kearah Ummi menyatakan farah dapat tawaran dari UNITEN , Foundation pula tu dan yang paling penting Mechanical Enggineering pula tu. Ya Allah terus sejuk tangan. Alhamdulilah sangat sangat. Tak tahu pula yang dapat tawaran macam ini sekali. 

Jadi bagi farah dengan dapat tawaran ini bagaikan satu tiket untuk farah untuk membalas jasa ayah farah kepada officemates ayah farah yang banyak bantu ayah farah. Lagipun farah kenal salah seprang officemates ayah iaitu Encik H. yang bergraduan ni UNITEN. Jadi macam 'wow this offer really not bad'

Tapi pada masa yang sama farah masih menunggu IPTA walaupun nipis harapan untuk mendapat mechanical enggineering but farah still berharap sebab token farah iailah Fizik. Fizik farah agak tinggi grednya jadi farah haraplah bahagain pengambilan pelajar akan pandang Fizik farah. Amin! Kalau tak dapat apa yang farah nak mungkin farah pergi dengan UNITEN tapi iainya agak costly. Itulah punca utama yang berfikir dua kali. Dengan asrama sekali. Kelebihan UNITEN ni habis aja graduan in sya Allah akan praktikal di TNB tak perlulah kita cari syarikat untuk buat praktikal.

Kepututsan Matrikulasi bagi sesi 2015 pada bulan April. Kalau mengikut syarat kelayakan minimum farah lepas tapi tak tahu diterima ke tidak. Itupun satu lagi kena fikir sebab matrik ni bukan boleh bawak main main salah ambil step memang kena lelong. Keputusan IPTA pula pada 6hb Mei. Alhamdulilah farah masih ada masa lagi untuk befikir. Bolehlah buat solat sunat istikharah. :)

Nawaitu itu Penting...kalau baik baiklah jadinya. Kalau sebaliknya , innalillah
F

Wednesday 11 March 2015

Nawaitu itu Penting

Assalamualaikum and Good Morning (literally 1.34am)

Jadi recently keputusan SPM sudah pun keluar. Alhamdulilah , farah panjat syukur banyak banyak kepada Allah. Sebab Farah punya keputusan semuanya credit which mean C above. Bukan nak riak lah tetapi hampir semua kawan farah yang ada tak credit terutama Kimia. Ya, waktu exam Kimia , that subject killing us. Tapi Alhamdulilah i'm survived. :)

Before result come out
Pada bulan Januari 2015 , dah mula beli no pin untuk memohon UPU. Farah dah tetapkan sesaran yang farah nak ikut jejak langkah ayah ( for some reasons that i will tell you guys) memandangkan ayah farah ini Ketua bagi Unit Keselematan Gas. Jadi kalau berkaitan gas mestilah Kimia. Jadi Kejuruteraan Kimia. YES! that course.So farah buatlah kajian tentang Kejeruteraan Kimia dengan harapn dengan result akan keluar nanti aku boleh apply kat UPU

After result come out
Jadi lepas dapat keputusan farah dapati Kimia farah tak cukup kuat. Jadi memastikan farah boleh apply atau tidak farah layari laman web yang menunjukkan kita layak untuk memohon course tu. And the result it i cannot apply Kejuruteraan Kimia. Aish. Sedih.

Sebenarnya, farah nak mohon Kejuruteraan Kimia sebab dengan harapan farah boleh kerja tempat ayah farah kerja sekarang. Kenapa? Macam ini ceritanya. Semanjak ayah farah kena serang angin ahmar which mean darah tak boleh sampai ke otak. Officemates ayah banyak membantu ayah farah tak kisahlah dari segi apa apa pun kewangan, doa , solat hajat , keprihatinan. SEMUANYA SERBA LENGKAP! jadi farah terasa terpanggil untuk membalas budi semua officemates ayah tu dengan bekerja dengan mereka semua. lagi persekitaran pun cantik. Office lawa. Sebab itulah farah mati matian nak Kejuruteraan Kimia.


Jadi , panggilan farah untuk membalas baik semua jasa officemates ayah tu makin kuat. Even my ummi pada awalnya membantah course yang farah minta dengan alasan yang sungguh clishe iaitu "Kakak kerja engineer ni banyak outstation nanti , nanti kesian laki hang kang" But lama lama ummi pun macam tak ambil kesah dah and ummi said "Belajar lah mana mana asalkan belajar" YEAH! That's the spirit ummi! :D Jadi farah layari laman web rasmi tempat kerja ayah farah. Dan farah selidik apa yang mereka nak untuk kerja kat situ. so this is what i got

Requirements:
  • Recognised and strong Bachelor's degree in Electrical Engineering, or Electrical and Electronic Engineering, or Mechanical Engineering. Majority of the positions require specialisation in electrical power systems;
  • Applicants with the following additional qualifications shall have an added advantage:
        -  Relevant post graduate level qualifications;
        -  Graduate or full membership of the Institution of Engineers Malaysia (IEM);
        -  Registered professional engineer.
  • Applicants with the following additional knowledge / experience / skill shall have an added advantage:
        -  Minimum one (1) year experience in the electric / gas utility operations and business;
        -  Knowledge in electricity and gas supply regulatory matters;
        -  Power systems planning / analysis;
        -  Survey and statistical techniques;
        -  Enforcement and investigation related to the electricity and gas supply industries
  • Possess good interpersonal skills;
  • Possess strong analytical skills
  • Excellent command of both written and spoken Bahasa Malaysia and English; and
  • SPM, with strong credits in Bahasa Malaysia and English

Eh! mana Chemical Engineering?  Tak ada. They not need that? Pada waktu itu farah sedar yang Allah sebenarnya nak bagi farah jalan supaya jangan tersalah pilih course kalau nak kerja kat tempat ayah. Jadi farah juga nampak yang Allah pun support farah apatah lagi orang sekeliling in sha Allah will support me. Jadi farah bertekad untuk masuk Mechanical Engineering. Jadi dalam permohonan tu farah mohon sebanyak mana U yang lain tapi asalkan Mechanical Engineering. Dan Kejeruteraan Mekanikal pula farah hijau. Alhamdulilah i can apply that course. Rasa bersyukur sangat.Harap harap dengan nawaitu yang suci lagi murni ini dapat farah belajar course yang farah teringin nak sangat iaitu Mechanical Engineering. Amin! :D

The moral story is nawaitu tu penting. Kalau nawaitu tu baik in sha Allah pasti ada aja mana mana pihak yang akan tolong. :)

Oh! nak link yang melayakn diri anda memohon sesuatu course? sila ke http://semaksyarat.info/ selamat mencuba

F