Thursday 26 March 2015

Nawaitu itu Penting II

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah selepas mendapat keputusan SPM ini tak banyak keadaan yang berubah masih menjaga ayah yang sedang sakit. Membuat kerja rumah dan paling penting my tummy always satisfied. 

Kadang-kadang farah terfikir sambil memandang siling bilik yang 'untungnya kalau dapat mencari duit poket untuk kegunaan masa hadapan macam kawan kawan yang lain' Sampai ada salah seorang kawan farah kerja kat Petrosains kat KL padahal duduk Rawang. But tak apalah kan ada transport bolehlah cerita. And bilik difikirkan balik actually i'm so lucky dapat duduk rumah sambil jaga ayah at least farah dapat reward from Allah s.w.t iaitu pahala yang tak ternilai. Alhamdulilah ada juga positive vibes. *muka bersyukur*

Okay back to topic.

Actually cerita tentang nawaitu ni dah episod yang ke-2 jadi kalau ada pembaca yang terlepas membaca episod yang pertama bolehlah tekan label dream tu ya.

Selepas mendapat keputusan SPM ini my favourite part is ada banyak surat tawaran masuk taklah banyak sangat tapi yeah Alhamdulilah farah tak tahu mana pihak IPTS ni dapat alamat Farah. Ada dari Kolej , University UNIRAZAK , City-U and alot! But itu bukan farah nak cerita. Masa dapat aja keputusan SPM the next day farah terus buka laman web UNITEN untuk memohon situ. Bagi farah apa salahnya kita mencuba kan? Dan farah dengar UNITEN salah satu Universiti terbaik kat Malaysia. Dan yang paling penting UNITEN ni hanya menwarkan pengajian berkaitan dengan kejuruteraan aja dan itu memang impian farah.

Farah memohon program Mechanical Enggineering. Dengan harapan yang sangat tipis sebab keputusan SPM farah bukanlah memuaskan sangat pun. Dan dapat tahu juga yang UNITEN ni studentsnya tip top. 3 tahun dapat anugerah Universiti terbaik. Jadi farah taklah terlalu mengharap apatah lagi farah mohon untuk pengajian asasi. Jadi just wait and see

One day...
Selepas solat Asar , Farah checklah email sebab farah tahu email ini penting kalau ada apa apa info walaupun menyemak dengan email dari Zalora , Facebook dan sebagainya tapi farah mengagahkan diri untuk check email. Dan tiba tiba ada satu email dari UNITEN. I was like 'Bismillahirrahmannirahim' Baca dengan perlahan lahan

*ini versi laptoplah*

Terus melompat dan pergi kearah Ummi menyatakan farah dapat tawaran dari UNITEN , Foundation pula tu dan yang paling penting Mechanical Enggineering pula tu. Ya Allah terus sejuk tangan. Alhamdulilah sangat sangat. Tak tahu pula yang dapat tawaran macam ini sekali. 

Jadi bagi farah dengan dapat tawaran ini bagaikan satu tiket untuk farah untuk membalas jasa ayah farah kepada officemates ayah farah yang banyak bantu ayah farah. Lagipun farah kenal salah seprang officemates ayah iaitu Encik H. yang bergraduan ni UNITEN. Jadi macam 'wow this offer really not bad'

Tapi pada masa yang sama farah masih menunggu IPTA walaupun nipis harapan untuk mendapat mechanical enggineering but farah still berharap sebab token farah iailah Fizik. Fizik farah agak tinggi grednya jadi farah haraplah bahagain pengambilan pelajar akan pandang Fizik farah. Amin! Kalau tak dapat apa yang farah nak mungkin farah pergi dengan UNITEN tapi iainya agak costly. Itulah punca utama yang berfikir dua kali. Dengan asrama sekali. Kelebihan UNITEN ni habis aja graduan in sya Allah akan praktikal di TNB tak perlulah kita cari syarikat untuk buat praktikal.

Kepututsan Matrikulasi bagi sesi 2015 pada bulan April. Kalau mengikut syarat kelayakan minimum farah lepas tapi tak tahu diterima ke tidak. Itupun satu lagi kena fikir sebab matrik ni bukan boleh bawak main main salah ambil step memang kena lelong. Keputusan IPTA pula pada 6hb Mei. Alhamdulilah farah masih ada masa lagi untuk befikir. Bolehlah buat solat sunat istikharah. :)

Nawaitu itu Penting...kalau baik baiklah jadinya. Kalau sebaliknya , innalillah
F