Monday, 14 August 2017

Press Play

Enjoy the good vibes music! 💘

End Of Chapter 2 out of 6

Assalamualaikum and hye evryone 🙈

taken with iPhone 7 plus

So today tepat 14th August 2017 and guess what my 2nd semester result tengah malam ni okay seriously nervous. Bila teringat balik kita dah buat yang terbaik waktu exam tetapi bila fikir balik untuk kali kedua mula lah kita rasa macam kurang yakin pada final paper lah, ada derhaka kat lecturer lah,  assigment tak submit ikut date lah. Jadi semua tu hasutan syaitan! Just believe in yourself that you already did the best and InshaAllah, Allah akan tolong. Peace.

*pasang lagu JAMPI by Hael Husaini*

This semester punya cabaran lebih padu beb dari semester yang lepas. Okay mestilah makin tinggi sem makin susah kan like come on Farah. Alhamdulilah this semester banyak kerja kumpulan which is I kinda like sebab Farah ni jenis suka mengarah itu and ini. Serious kalau satu kumpulan dengan Farah memang tahu lah. And serious cakap semester kali ini banyak guna duit dengan trip yang berlambak, dengan paper plan yang print out asyik salah pastu kena print out balik dahlah sehelai RM5 waduh memang cut betul bajet makan Farah.

Tetapi on my 2nd semester ini disebabkan UiTM mengalami satu crisi which is dari segi pengakutan dan budget yang telah dipotong oleh pihak kerajaan kami tak boleh buat banyak banyak trip. Sebab yeah..nak menunggu bas satu hal pastu duit pula satu hal.

What you going to learn on this 2nd semester?

On this semester you will learn more deep about Park and Amenity Management. You will learn more on site punya coonstruction, behavior manusia (sambungan to Recreation and Leisure 1st semester) and more. And 2nd semester ni ada 6 papers final compared to 1st semester hanya ada 4 final papers. So this semester kena banyak bekorbanlah dari segi, masa, wang, tenaga padahal cukup aja tidur 

1. CTU (Sejarah Malaysia)
2. Ko-kurikulum
3. Englis for Professional Interaction
4. Park Visitor Destination Management
5. Resources and Environment
6. Construction Material
7. Park Planning and Design
8. Park Visitor Recreation Behavior.
9. 3rd Langguage

Ini site visit kat KL tajuk Park Visitor Destination Management 

Ini final result for Park Planning Design. Fuhh macam dah Architecture. haha

Ini waktu berbuka sama sama lecturer (kanan ber-blazzer)

Serious kalau awak belajar kerana ilmu dan Allah, semuanya akan jadi indah jika hanya memikirkan kerja, susahnya course ni and etc maka tiada lah nikmat belajar tu. Terima kasih sudi membaca! 👍


Monday, 1 May 2017

Comparison Institutions.

Bismillah and Assalamualaikum 💝

First of all, I would like to congratulate to all SPM leavers successfully. Dengar cerita result Matrikulasi dah keluar kan? Tahniah siapa yang berjaya ke program Matrikulasi bagi sesi 2017/2018.

Dalam post kali ini Far akan berkongsi sedikit bedasarkan pengetahuan Far and pemerhatian Far untuk bandingkan institut pilihan hati adik semua. Kalau ada salah dan silap tu tegurlah ya, Far sedia menerima. Walaupun post kali ini sering kali dikupaskan oleh blogger yang lain tapi Far nak juga. Dan berharap dengan post kali ini akan memberi sedikit input kepada awak semua.

Kolej Matrikulasi 

Far sebagai Kolej Matrikulasi Gambang, Pahang. Jadi Far akan kupaskan dahulu Kolej Matrikulasi ini. Seperti mana kita tahu yang Kolej Matrikulasi ini boleh dikatakan berada di seluruh negeri kecuali Terengganu. Kolej Matrikulasi tawarkan dua program iaitu jurusan Sains dan Akaun.

Tempoh pengajian : Akaun - Program Satu Tahun 
                               Sains   -Porgram Satu Tahun 
                                            Program Dua Tahun 

Jurusan Sains ni ada specialnya iaitu jurusan Sains ada 3 modul, dan setiap modul tu lain lain subjek yang diambil yang telah ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi itu sendiri bedasarkan kepututsan peperiksaan SPM awak semua tetapi kalau awak tak berpuas hati dengan modul tu, pertimbangan boleh dilakukan oleh pihak Matriklasi sendiri. 

Modul 1 : Biologi, Fizik, Kimia, Math, Islam, Kokurikulum, Dinamika
Modul 2 : Sains Komputer , Fizik, Kimia, Math, Islam, Kokurikulum, Dinamika
Modul 3: Biologi, Kimia, Math, Islam, Kokuurikulum, Dinamika

"Saya ambil jurusan Sains, tetapi kenapa saya dapat tawaran Matrikulasi jurusan Akaun?"
"Kenapa saya dapat program dua tahun?"

Soalan ni banyak diajukan daripada pelajar-pelajar semua. Ada sebab pihak Matrikulasi letak awak tahun berapa dan jurusan apa. Contohnya ; awak ambil jurusan Sains dalam SPM tetapi kalau Kimia awak tak kredit ( bawah daripada C) awak dimasukkan jurusan Akaun sebab Kimia adalah ibu kepada Sains. 

Dan kenapa awak dimasukkan program yang dua tahun? Kerana keputusan SPM awak Addmath tidak kredit jadi awak dimasukkan program yang 2 tahun. Sebab Math matrikulasi is beyond your expectation 

Paling seronok dalam Matrikulasi ini ialah, awak semua akan dapat elaun belajar sebanyak RM250 setiap bulan. Okaylah daripada tak ada kan? Tujuan untuk elaun ni adalah untuk mengurangkan beban beban kepada kedua ibu bapa kita. Dan yang paling penting juga yuran Matrikulasi ni amatlah murah, RM500 untuk asrama selama setahun. Jadi ia mengelakkan hutang PTPTN awak nanti. 

Asasi 

Asasi IPTA adalah idaman setiap pelajar. Kan? Samalah macam Far tapi itulah kerana main main dalam SPM. Huhuhu. Asasi ini selalunya di bawah IPTA & IPTS. 

Asasi ini lebih kurang macam Matrikulasi tetapi dia lebih khusus lagi. Seperti 
Asasi Kejuruteraan
Asasi Sains
Jika awak dibawah Asasi UiTM , UM semasa keluar keputusan CGPA, awak bleh menyambung pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda di IPTA lain. Tetapi kalau dibawah IPTA lain seperti UPM, USM, UIA dll anda WAJIB mengambil Ijazah Sarjana muda di IPTA yang sama. Kalau anda gagal dalam asasi tersebut anda akan ulang balik Diploma di IPTA yang sama. 

Elaun juga akan diberi di bwah IPTA masing masiing tak silap Far RM250 juga. Di asasi ini katanya walaupun anda baru nak berjinak jinak dalam sesebuah universiti, anda akan act like student Universiti. Maksudnya pembelajaran antara pelajar dan penyarah adalah limited. Dan suasana ini lain sekali dengan Matrikulasi. Kalau di Matrikulasi lagi pensyarah tu tarik telinga kita untuk pergi ke bilik lecturer. Kalau di asasi katanya kena pandai pandailah engkau kalau awak tak faham subjek tu ada lah usahanya untuk jumpa dengan lecturer.

Tingkatan 6

Hah program inilah yang banyak memberi kelebihan kepada awak semua sebenarnya tetapi program inilah yang majority pelajar menjadi 'last choice' kalau tak dapat UPU selain daripada mohon untuk second intake. Sebenanrnya Tingkatan 6 ini lagi bagus daripada Asasi, Kolej Matrikulasi mahupun Diploma. Alasan kenapa tak nak masuk tingkatan 6 sebab apa? Sebab pakai baju sekolah, like seriouslah? Awak masuk asasi ataupun Kolej Matrikulasi tiap tiap hari pakai baju kurung tau. But that is so 2015 sekarang tingkatan 6 dah jauh berubah. Sekarang boleh pakai baju kurung dah. Terpulang kepada sekolah tingkatan 6 tersebut. Tetapi mostly dah pakai baju kurung.

Tingkatan 6 ni mengambil masa selama 1 1/2 tahun iaitu selama 3 sem. Sistem T6 ni dah guna sistem Universiti dan bukannya ikut sistem sekolah. Maksudnya kalau cuti, ikut semester bukannya ikut cuti sekolah. Elaun tidak akan diberikan sepanjang pengajian.

One of benefit kalau awak masuk tingkatan 6 ni ialah, sijil yang awak peroleh nanti boleh sambung belajra di peringkat Sarjana Muda di overseas. Yess kebanyakkan negara terutama United Kingdom terima sijil Tingkatan 6. Berbaloi kan dengan usaha awak kan?

Storyy time 😆

Ada seorang kawan Far ni sama sama batch dengan SPM dengan Far pada tahun 2014. Waktu ambil keputusan SPM tu. Kawan Farh tu jurusan Akaun , dia pandai dapat 5A atau 4A tak silap dalam SPM tapi sayang English dia tak kredit iaitu bawah daripada C lah. Jadi dia tak dapat mana mana pun UPU jadi dia buat keputusan untuk masuk Tingkatan 6. Baru baru ni punya result Mac 2017 nak tahu tak dia dapat berapa? 3.75 BEB!! Far serious terkejut dengan result dia. Terus ajak breakfast sama sama bagi meraikan result dia. LOL. Please sangat sangat Tingkatan 6 ni tak macam dulu dah. Tingkatan 6 punya peraturan dah berubah dari segi pendidikan itu semua. Jadi make T6 as your one of your target.

Diploma 

Diploma ada pro dan cons. Diploma ini menjadi majority orang ramai yang kelas 'beshe beshe' sahaj yang inginkan. Siapa yang jenis tak suka membaca / tak beberapa nak struggle dalam masa yang singkat hah masuklah dalam pengajian Diploma ini kerana ia mengambil masa selama 3 tahun iaitu selama 6 semester untuuk tamatkan pengajian ini.

Dari segi kebaikkannya Diploma ini ialah anda akan dapat banyak pengalaman pelajaran. Anda juga akan belajar yang lebih secara khusus kepada pengajian yang anda mohon.

Dari segi yuran, yuran kolej, yuran itu dan ini memang anda kena buat pinjaman PTPTN sesiapa yang Universiti Kerajaan bagi yang tak erapa nak mampulah macam Far ni. Kekadang pinjaman tu boleh cecah RM18K untuk 6 semester. Yes banyak memang banyak sebab tu awak kena maintain awak punya pointer untuk dapat discount untuk bayaran balik PTPTN. Cuba bayangkan...

Pinjaman PTPTN - Diploma RM18K 
                              Degree RM13K
                             ------------------
                              Total RM31K

Sampai anda kahwin beranak pinak pun tak habis lagi bayar lagi pinjaman PTPTN itu one of keburukkan kalau anda masuk Diploma tapi kalau awak jenis otak geliga. Dan boleh maintain CGPA awak. No hal!

Sebagai contoh awak ambil Diploma dalam Kejuruteraan Kimia dan Degree awak juga ambil Kejuruteraan Kimia. Jadi awak akan terus lompat ke semester 4 tak silap. Jadi awak akan belajar dalam 2 tahun sahaja.

Tetapi kalau keputusan CGPA awak tidak beberapa baik untuk melayakkan diri awak untuk sambung pengajian yang sama semasa awak Diploma awak akan masuk balik semester 1.

_______________________________________________________________________________

Rasanya setakat itulah sharing tips session saya. Kalau ada yang tersilap tu maafkanlah ya. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh comment di bawah dan juga boleh DM di lama sosial saya di sebelah tu. Terima kasih sudi membaca. ✌